Tuesday, July 17, 2012

MANISNYA BUAH IMAN

Rasulullah SAW bersabda... 'Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia mengucapkan kata-kata yang baik atau lebih baik diam. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menghormati tetangganya. Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya'. (HR. Bukhari dan Muslim) ....adapted from "111 wasiat Rasulullah SAW untuk wanita solehah"

Sunday, March 4, 2012

PHD VIVA is around the corner



Assalamualaikum..
sebelum tdo awl lg mlm nih..terasa nk post ttg PhD
Ceritanya bermula
Di suatu pg jumaat yg mulia dan indah.. satu sms keramat diterima from SV berbunyi 'viva 20hb'..gulp..astaghfirullahalazim
next..ape nk buat ni!!
terpkir cr example ppt for viva..yg ni tanya En Google dlu lah..terjumpa 1 , menarik utk dibaca

FROM DAVID TWIGG-preparation for PhD "a personal reflection"

The submission of PhD is like climbing to the top of mountain. You spend a long time preparing and planning, then you take a sustained effort to reach the summit. Once there, you have a brief opportunity to look over horizon. Then you have to continue your journey.

Think about your own route through the PhD process. YOU have reached the summit. You have researched, written and analyzed the topic. However, others dont know about your achievement yet. The summit is not the end of the journey. You need to descend the mountain, otherwise, only YOU will know that you were there.


Lagi tip-tip utk viva voice from David Twigg boleh copy link --> www.eeng.nuim.ie/~tward/documents/phdviva.pdf

so next task to build up viva slide for phd
1. call my sister to email her viva slide..
2. preparing related notes
3. preparing 30-40 questions that going to be ask by examiner-gali byk2 dlm thesis
4. .....
5. .....
But the best tip is come from my SV BFF, baca surah Yusof ayat 4 n surah Taha ayat 39 for examiner kasihkan kite ms viva nanti..selamat beramal..insyaAllah

Saturday, February 25, 2012

S.A.B.A.R



Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda, "Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun". (HR Al-Hakim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”. (Riwayat al-Hakim)

Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "Sesiapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar". (HR. Bukhari)

DOA 1

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"

(Al-Baqarah : 250)

DOA 2

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"

(Al-A'raf : 126)

Doa dimudahkan urusan



رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"

(Al-Baqarah : 286)